|
KONSEP
A. 5 Komponen untuk mewujudkan Perpustakaan Alam Sekitar ( Enviro-library
)
- Pembangunan Koleksi
- Kemudahan fizikal
- Perkhidmatan pengguna
- Pelanggan JAS
- Projek Jaringan ILMU
B. Kemudahan fizikal
- Lokasi perpustakaan perlu seboleh mungkin
ditempatkan di lokasi yang strategik dan menjadi pusat tumpuan agar
mudah diakses oleh kakitangan/ pengguna luar tanpa mengganggu ruang
pejabat yang lain. Kebaikannya dapat menggalakkan dan mendidik
kakitangan/ pengguna luar suka membaca disamping dapat menerapkan
nilai-nilai murni dalam kesedaran penjagaan alam Sekitar.
- Ruang lantai yang mencukupi dan bersesuai dengan
jumlah koleksi akan memberi keselesaan kepada kakitangan / pengguna
luar. Dengan ini dapat memudahkan pergerakan yang lancar oleh
kakitangan/pengguna luar dalam mengakses maklumat alam sekitar yang
diperlukan.
- Susun atur /hiasan di ruangan pembaca yang
bercirikan alam Sekitar. Contohnya: gambar atau poster alam sekitar,
signage yg menarik, pokok bunga dll.
- Perpustakaan perlu mewujudkan ruang rehat dengan
dilengkapi set sofa untuk kakitangan membaca surat khabar atau
majalah dengan suasana pemandangan yang harmonis kerana dapat
memberi keselesaan, ketenangan atau mendapatkan idea-idea dalam
melaksanakan tugasan di samping dapat menerapkan sikap gemar
membaca.
- Adanya sebuah bilik khas yang menempatkan
bahan-bahan sumber multimedia bagi memudahkan pengguna-pengguna luar
dapat melihat tayangan video koporat JAS. Ini dapat memperkenalkan
dan mempromosi Kempen kesedaran alam Sekitar.
C. Kemudahan Pengguna
- Kaunter pertanyaan yang mesra pelanggan.
- Proses tempahan/pembaharuan bahan secara online.
- Kemudahan rujukan maklumat secara online bagi
pengguna-pengguna luar.
- Pendaftaran keahlian perpustakaan secara online.
- Koleksi bahan-bahan perolehan baru dimaklumkan
secara online.
- Ini membolehkan kakitangan/pengguna-pengguna luar
mengetahui maklumat-maklumat baru yang terdapat di perpustakaan.
- Terdapatnya Sistem Keselamatan yang dipasang
dipintu masuk perpustakaan bagi memudahkan pengesanan bahan-bahan
yang dibawa keluar tanpa kebenaran.
- Perkhidmatan "book drop" dimana kakitangan dapat
memulangkan buku tanpa melalui kaunter dan mengikut kesesuaian masa
individu tersebut pada bila-bila masa.
- Mengadakan program/aktiviti yang bertemakan alam
Sekitar disamping memupuk, mendidik dan mempromosi kesedaran alam
Sekitar sekurang-kurangnya setahun sekali pada bulan julai iaitu 'Bulan
Membaca Kebangsaan' yang diistiharkan oleh Perpustakaan Negara
Malaysia.
D. Pelanggan JAS
- Mewujudkan 'sharing information' dengan
pelangan-pelanggan/pengguna/keahlian luar/agensi-agensi yang
berkaitan JAS.
- Mewajibkan setiap sekolah dan perpustakaan awam/akademik/khusus
perlu ada senarai atau simpanan koleksi alam sekitar disamping dapat
memupuk, mendidik dan mempromosi kesedaran alam sekitar.
E. Projek Jaringan ILMU
- Mewujudkan rangkaian dengan perpustakaan gunasama
terutama dengan perpustakaan dibawah kementerian Sains, Teknologi &
Alam Sekitar. Ini membolehkan 'sharing information' di antara
perpustakaan.
- Jaringan informasi dengan perpustakaan awam /akademik/khusus/kolej
swasta. Ini membolehkan perpustakaan berinteraksi dengan mudah untuk
mendapatkan maklumat yang diperlukan terutama dalam proses Sistem
Pembekalan Penerbitan secara online. Dengan ini perpustakaan telah
memasuki era pentadbiran kurang menggunakan kertas dan menuju ke
arah pengurusan perpustakaan virtual.
Last Updated (Wednesday, July 11, 2007) |