Home

ID Pengguna

Katalaluan


 
KUIZ - MENGUJI MINDA

1.   Berikut adalah langkah-langkah menghindari keadaan berjerebu kecuali

a)   Jangan membakar sampah dan semak-samun secara terbuka
b)   Kurangkan penggunaan kenderaan yang mengeluarkan asap berlebihan
c)   Meningkatkan penebangan dan pembakaran hasil hutan tanpa kawalan bagi tujuan 
      pembukaan tanah untuk pertanian dan pembangunan.

2.   Berikut adalah kesan-kesan jerebu terhadap manusia dan alam sekitar kecuali

a)   Mengurangkan jarak penglihatan
b)   Meningkatkan proses fotosintesis
c)   Merangsang penyakit berkaitan penafasan di kalangan kanak-kanak dan orang tua

3.   Apakah yang dimaksudkan dengan konservasi hutan

a)   Pemusnahan hutan
b)   Pemuliharaan hutan
c)   Penjagaan hutan

4.   CFC adalah satu gas yang dapat memusnahkan lapisan ozon.  Apakah dia CFC

a)   Chloroflourcarbon
b)   Chloroflorincarbon
c)   Carbonflourocarbon

5.   Apakah kesan utama akibat daripada peningkatan C02

a)   Kesan rumah kaca
b)   Pencemaran udara berkurangan
c)   Peningkatan lapisan ozon

6.   Apakah itu IPU atau API

a)   Indeks Peningkatan Udara
b)   Indeks Pencemaran Udara
c)   Indeks Pemisah Udara

7.   Bunyi dan kebisingan diukur dengan menggunakan meter tahap bunyi dan magnitudnya
      dicatatkan dalan unit apa

a)   Hertz
b)   Desibel
c)   Newton

8.   Berapakah nilai indeks API yang dikategorikan sebagai baik

a)   0-50
b)   00-200
c)   200-300

9.   Bilakah Minggu Alam Sekitar Malaysia di sambut setiap tahun

a)    21- 27 oktober
b)   19-25 oktober
c)   18-24 oktober

10.   Apakah sistem kawalan pencemaran air yang digunakan di kawasan perumahan

a)    Sistem Perawatan Kumbahan
b)    Sistem Perawatan Effluen
c)    Sistem Perawatan Buangan Terjadual

11.   Berikut adalah punca-punca pencemaran marin yang utama kecuali;

a)    tumpahan minyak
b)    sisa kimia dari kapal
c)    pelepasan asap dari cerobong kapal
d)    hakisan 

12.   Apakah nama unsur logam yang biasanya terbebas ke udara hasil daripada pembakaran
        bahanapi petrol kenderaan

a)    Plumbum
b)   Carbon
c)   Ozon
d)   Iron

13.   Apakah yang dimaksudkan pemanasan global (global warming)

a)    Keadaan dimana terjadinya kenaikan suhu dunia
b)    Penipisan Ozon di stratosfera
c)    Kemarau melampau
d)    El-Nino

14.  Apakah gas utama yang menyebabkan kesan rumah kaca

a)    Karbon dioksida
b)   Oksigen
c)   Amonia
d)   Hidrogen

15.   Mengapakah sebahagian daripada racun makhluk perosak (pestiside) dikatakan merbahaya
        terhadap alam sekitar?

a)   Ia tidak mudah terurai dan stabil di dalam tanah dan atmosfera
b)   Ia mengeluarkan bau yang sangat kuat
c)   Ia menyebabkan jerebu terutama di musim panas
d)   Ia menyebabkan kesan pemanasan melampau

16.  Apakah punca pencemaran udara yang tertinggi di Malaysia

a)   Kenderaan bermotor
b)   Stesen janakuasa
c)   Pembakaran bahan api industri
d)   Pembakaran tayar-tayar buruk

17.  Apakah nama penyakit yang sering dihubungkaitkan dengan penipisan lapisan ozon

a)   Barah kulit
b)   Sakit telinga
c)   Sakit perut
d)   Pening kepala

18.   Kebanyakan kawasan perumahan menghasilkan sisa-sisa air buangan yang juga dikenali
       dengan istilah

a)   Effluen
b)   Kumbahan
c)   Oksigen terlarut
d)   Buangan terjadual

19.   Di dalam persidangan "Montreal Protocal" satu ketetapan telah diterima untuk mengurangkan
        penggunaan bahan-bahan kloroflorokarbon (CFC) dan________.

a)   Sulfur Dioksida - Metana
b)   Karbon Dioksida
c)   Halon
d)   Hidrogen Dioksida

20.   Buangan berbahaya mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

a)   Mudah terbakar
b)   Mudah menghakis
c)   Mudah cair
d)   Mudah bertindakbalas

Last Updated (Wednesday, February 16, 2011)