|
LATARBELAKANG
Perpustakaan Jabatan Alam Sekitar telah ditubuhkan pada
tahun 1983 dan adalah sebuah Perpustakaan Khusus Jabatan yang
berperanan untuk memberi sumber maklumat kepada kakitangan Jabatan
dalam meningkatkan pengetahuan kaliber dan ikhtisas mereka. Pembukaan
Perpustakaan ini telah dirasmikan oleh Puan Mariam Abd. Kadir iaitu
Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia pada tahun 1992 di Wisma
Sime Darby.
Perpustakaan telah diletakkan dibawah Unit
Perkhidmatan Maklumat, Bahagian Perancangan Pembangunan. Walau
bagaimanapun sebagai langkah ke arah menjayakan Program Promosi
Kesedaran, Pendidikan dan Sebaran Maklumat Alam Sekitar, maka
perpustakaan ini juga telah dibuka kepada orang awam khusus untuk
rujukan maklumat sahaja.
Perpustakaan Jabatan Alam Sekitar juga mempunyai
cawangannya di Negeri-negeri iaitu sejumlah 19 buah Perpustakaan yang
diletakkan dibawah pengawasan Perpustakaan di Ibupejabat.
Last Updated (Wednesday, July 11, 2007) |