|
PERATURAN
Peraturan kepada Pengguna Luar
- Pengguna luar mestilah mendaftar nama terlebih
dahulu di Buku daftar pengguna sebelum membuat sebarang rujukan.
- Pengguna luar perlu memberikan kad keahlian /
kad pelajar / Pas Jabatan kepada pegawai yang bertugas dikaunter
sebelum akses ke perpustakaan.
- Pen dan kertas sahaja yang dibenarkan dibawa
masuk ke Perpustakaan.
- Membenarkan pegawai bertugas memeriksa ketika
masuk / keluar dari Perpustakaan.
- Telefon bimbit, pager dan sebarang yang berkaitan
dengannya hendaklah dimatikan sebelum masuk ke perpustakaan.
- Hendaklah berpakaian formal dan bersopan santun
bila berada di Perpustakaan.
- Pinjaman buku tidak dibenarkan sama sekali
kecuali organisasi yang menyertai skim pembekalan penerbitan.
- Buku-buku perpustakaan tidak boleh dibawa keluar
kecuali mendapat kebenaran dari pegawai bertugas.
- Meletakkan buku di atas troli selepas digunakan.
- Pengguna luar juga tidak dibenarkan mengalihkan
buku dari rak asal ke rak lain.
- Bagi kes yang melibatkan kecurian buku akan
menyebabkan keahlian digantung selama 6 bulan. Sekiranya kesalahan
yang sama diulangi maka pihak pengurusan perpustakaan berhak
menamatkan keahlian dengan serta merta.
- Pegawai perpustakaan yang bertugas berhak meminta
pengguna keluar dari perpustakaan jika didapati tidak berpakaian
kemas atau menimbulkan kekacauan.
- Pencarian maklumat boleh menggunakan Sistem OPAC
( Online Public Access Cataloging ) yang disediakan.
- Sekiranya didapati pengguna luar telah melanggar
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan maka pihak pengurusan
Perpustakaan boleh dengan serta merta mengambil tindakan yang
sewajarnya ke atas individu tersebut.
Barang-Barang Yang Tidak Dibenarkan Dibawa Masuk
- Beg Besar
- Topi Keledar
- Makanan dan Minuman
- Gunting
- Suratkhabar, buku teks sekolah dan majalah
persendirian
- Kaset, video, disket, cakera padat
- Mata pisau
- Payung
- Kamera
* Kemudahan tempat meletak barang ada disediakan.
Pengguna Luar Di Larang
- Menggunakan telefon bimbit
- Walkman
- Wawancara dalam perpustakaan
- Mengoyak, memotong, menconteng buku, majalah dan
membawa keluar bahan tanpa kebenaran.
- Bercakap kuat dan membuat bising hingga menggangu
pengguna lain.
- Mempamer, mengedar, melekatkan atau menampal
apa-apa bil, notis atau iklan di dalam dan luar perpustakaan.
- Makan / minum
- Tidur
- Merokok
- Meludah
* Peraturan-peraturan ini tertakluk kepada pindaan
dari masa ke semasa.
Last Updated (Wednesday, July 11, 2007) |