eQUIP
 
        Home

ID Pengguna

Katalaluan


 
PERKHIDMATAN - PINJAMAN

PERATURAN  PINJAMAN

  1. Kemudahan pinjaman koleksi perpustakaan JAS adalah terbuka kepada ahli warga JAS yang berdaftar sahaja. Setiap pinjaman diwajibkan menggunakan kad keahlian dan kad ahli akan disimpan oleh pihak perpustakaan sehingga semua buku telah dipulangkan.
  2. Setiap ahli dibenarkan meminjam sebanyak 10 naskah buku.
  3. Pembaharuan boleh dilakukan  secara atas talian sekali sahaja melalui equip atau melalui telefon.
  4. Tempoh pinjaman bahan adalah mengikut jenis bahan seperti berikut:-

BAHAN YANG BOLEH DIPINJAM

JANGKAMASA

Koleksi Malaysiana, Umum & Akta

          2 Minggu

Majalah Berjilid

          2 Minggu

Tesis

          2 Minggu

Laporan Tahunan  & Laporan Qualiti Alam Sekeliling

          3 hari

Sumber Media

          3 hari

·          Bahan yang tidak boleh dipinjam

a)       Buku Rujukan

b)       Majalah belum berjilid

c)       Laporan Kesan Alam Sekeliling (EIA)

  1. Kelewatan memulangkan bahan akan diambil tindakan.  Ahli yang lewat memulangkan bahan melebihi seminggu tidak akan dibenarkan membuat pinjaman selama 6 bulan.
  2. Sila laporkan kepada pihak perpustakaan dengan segera sekiranya kehilangan bahan yang dipinjam. Sekiranya ahli ingin meminjam bahan bagi tempoh tertentu (kursus), hendaklah memaklumkan kepada Pustakawan terlebih dahulu.
  3. Bahan  yang hilang perlu diganti mengikut harga semasa bahan berkenaan. Ahli perpustakaan boleh membuat pilihan untuk menggantikan bahan yang hilang dengan syarat bahan yang diganti sama dengan bahan yang hilang  dan dibuat dalam tempoh 1 bulan dari tarikh hilang

ATAU

Membayar dua kali ganda harga bahan mengikut harga semasa. Bayaran tersebut akan digunakan untuk membeli bahan oleh pihak perpustakaan manakala baki selebihnya adalah bayaran denda yang akan dimasukkan dalam kutipan hasil kerajaan.

  1. Peminjam adalah diminta untuk menjaga bahan yang dipinjam. Sebarang kerosakan teruk pada bahan akan didenda mengikut peraturan di para 7.
  2. Ahli yang enggan mematuhi peraturan-peraturan di atas boleh dibatalkan keahliannya.

Last Updated (Wednesday, February 16, 2011)